Postal Services Act 2012 · Updated to 1 May 2020 · Bahagian VI · Terma dan Syarat Am Perkhidmatan Pos
32. Penyerahan terma dan syarat am
Feedback & supportPemohon, apabila mengemukakan permohonan bagi lesen, hendaklah membentuk dan menyerahkan terma dan syarat am, termasuklah tatacara pengendalian aduan yang disebut dalam seksyen 51 sebagai tawaran tetapnya untuk menyediakan perkhidmatan pos kepada pengguna.
Jika Suruhanjaya meminta pemohon untuk menyerahkan terma dan syarat amnya atau apa-apa aspek terma dan syarat itu kepada
Suruhanjaya dalam bentuk elektronik, pemohon hendaklah melakukannya dalam format yang boleh diterima oleh Suruhanjaya.
Dalam hal pemegang lesen perkhidmatan sejagat, terma dan syarat amnya hendaklah diluluskan oleh Suruhanjaya.
Suruhanjaya hendaklah mempunyai hak untuk menyiarkan terma dan syarat am itu atau apa-apa aspek terma dan syarat itu dan untuk menjadikan salinannya tersedia untuk pihak ketiga.
Perkhidmatan Pos 35