Postal Services Act 2012 · Updated to 1 May 2020 · Bahagian V · Peruntukan Berhubung Dengan Pemegang Lesen Perkhidmatan Sejagat
27. Hak untuk menjual setem pos
Feedback & supportPemegang lesen perkhidmatan sejagat dan seseorang yang diberi kuasa secara bertulis oleh pemegang lesen perkhidmatan sejagat boleh menjual setem pos.
Pemegang lesen perkhidmatan sejagat dan seseorang yang diberi kuasa oleh pemegang lesen perkhidmatan sejagat tidak boleh menjual setem pos lebih daripada nilai yang ditandakan kecuali bagi maksud filateli.
Walau apa pun subseksyen (2), penjualan setem pos yang membawa tanda batal bagi maksud filateli tidaklah dilarang.
Seseorang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi
Perkhidmatan Pos 33
sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.