Postal Services Act 2012 · Updated to 1 May 2020 · Bahagian VI · Terma dan Syarat Am Perkhidmatan Pos
33. Had liabiliti dalam terma dan syarat am pemegang lesen perkhidmatan sejagat
Feedback & supportTerma dan syarat am pemegang lesen perkhidmatan sejagat hendaklah mengandungi peruntukan had daripada liabiliti yang menyatakan had mengenai indemniti maksima yang kena dibayar bagi kehilangan atau kerosakan kepada barang pos sebagaimana yang diluluskan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 32.
Apa-apa had daripada liabiliti yang terkandung di dalam terma dan syarat am hendaklah menjadi pembelaan terhadap apa-apa pendakwaan, tindakan atau prosiding daripada apa-apa sifat, sama ada di mahkamah atau sebaliknya, diambil terhadap pemegang lesen perkhidmatan sejagat dan hendaklah secara berkesannya mengehadkan liabiliti pemegang lesen perkhidmatan sejagat setakat itu.
Walau apa pun subseksyen (2), jika pemegang lesen perkhidmatan sejagat telah bersetuju secara kontrak dengan pihak lain mengenai peruntukan had daripada liabiliti, terma dan syarat berkontrak tersebut hendaklah mengatasi.