Skip to content
In forceUpdated to 1 May 2020Read it in English

Bahagian VIII · Pengawalseliaan Kadar

37. Kadar boleh dikawal selia

Feedback & support
(1)

Walau apa pun seksyen 36, Menteri boleh, atas syor

Suruhanjaya, menetapkan—

(a)

kadar bayaran pos yang akan dicaj oleh pemegang lesen bagi perkhidmatan yang termasuk dalam takrif perkhidmatan sejagat atau perkhidmatan bukan sejagat dan menyatakan bahawa kadar yang ditetapkan adalah kadar minima atau maksima yang boleh dicaj atau kadar sebenar yang hendaklah dicaj; dan

(b)

penyiaran atau pendedahan kadar dan kenaikan kadar bagi perkhidmatan pos.

(2)

Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1)

mengenai kadar yang boleh dicaj oleh pemegang lesen perkhidmatan sejagat bagi perkhidmatan pos, bolehlah termasuk—

(a)

suatu bahagian tertentu daripada perkhidmatan sejagat, mengikut prinsipnya, bahawa kadar hendaklah seragam ke seluruh Malaysia; dan

(b)

perkhidmatan sejagat yang selebihnya apabila kadar boleh berubah bagi zon geografi yang berbeza, atau bagi penghantaran di antara zon geografi yang berbeza, untuk mencerminkan perbezaan dalam kos yang ditanggung oleh pemegang lesen perkhidmatan sejagat bergantung kepada zon atau zon-zon geografinya.

(3)

Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan mana-mana orang daripada pembayaran apa-apa kadar berhubung dengan perkhidmatan pos mengikut terma dan syarat yang difikirkannya sesuai.

38 Undang-Undang Malaysia AKTA 741

Report

Bahagian IX

Amalan Persaingan Am

Bahagian X

Pelindungan Pengguna

Bahagian XI

Sistem Poskod dan Pengalamatan Serta Pengenal Pasti Pos

Bahagian XII

Kuasa dan Tatacara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Bab 1

Bab 2

Bab 3

Bahagian XIII

Kesalahan dan Penalti

Bahagian XIV

Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan

Bahagian XV

Bahagian XVI

Perkara Kepentingan Negara

Bahagian XVII

Kecualian dan Peralihan

Schedules