Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2020Read it in English

Bahagian VI · Pelbagai

28. Mendapatkan kos dan perbelanjaan

(1)

Kerajaan boleh mendapatkan daripada pemunya mana-mana kenderaan, atau daripada ejen atau pekhidmatnya, apa-apa kos dan perbelanjaan yang dikenakan atau ditanggung oleh Kerajaan di bawah

Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini bagi kesemua atau mana-mana yang berikut:

(a)

pemindahan, layanan perubatan dan penyaraan mana-mana orang yang atau yang disyaki menghidap sesuatu penyakit berjangkit dan yang dipindahkan ke mana-mana hospital atau tempat dari kenderaan itu untuk rawatan perubatan atau untuk pengasingan atau pemerhatian;

(b)

pengebumian atau pembakaran mana-mana orang yang mati akibat penyakit berjangkit di dalam kenderaan itu, atau yang mati akibat penyakit berjangkit selepas dipindahkan ke hospital dari kenderaan itu;

(c)

pembersihan, pembasmian serangga, pembasmian kuman dan pembasmian tikus kenderaan itu atau mana-mana bahagiannya;

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 342

(d)

pelupusan barang yang tercemar atau binatang yang dijangkiti atau tercemar di dalam kenderaan itu.

(2)

Apa-apa kos atau perbelanjaan yang dikenakan atau ditanggung oleh Kerajaan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini boleh, tanpa menjejaskan apa-apa remedi lain, didapatkan melalui prosiding sivil sebagai hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan.

Pengecualian

Report