Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 · Updated to 1 Jul 2020 · Bahagian VI · Pelbagai
Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 · Updated to 1 Jul 2020 · Bahagian VI · Pelbagai
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan—
mana-mana orang atau golongan orang;
mana-mana barang;
mana-mana kenderaan;
mana-mana mayat, tisu manusia atau bahagiannya;
mana-mana binatang; atau
mana-mana organisma atau bahan patogenik, daripada kuat kuasa mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
Menteri boleh, pada membuat perintah di bawah subseksyen (1), mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya patut.