Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta 2018 · Updated to 29 Mar 2017 · Bahagian VII · Penutupan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta
36. Penutupan berikutan pembatalan lesen
Feedback & supportPemegang lesen hendaklah, dalam tempoh yang ditentukan oleh Ketua Pengarah, selepas diberitahu tentang keputusan oleh
Ketua Pengarah untuk membatalkan lesennya—
menyampaikan notis tentang pembatalan itu kepada orang yang menerima jagaan, saudaranya atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak orang yang menerima jagaan;
menyampaikan kepada Ketua Pengarah laporan penuh yang ditentukan oleh Ketua Pengarah; dan
menyampaikan kepada Ketua Pengarah suatu pelan tindakan mengenai penutupan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta berlesen, termasuklah, jika kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta berlesen menyediakan tempat tinggal, mengenai tempat tinggal orang yang menerima jagaan.
Selepas menimbangkan laporan penuh di bawah perenggan (1)(b) dan pelan tindakan di bawah perenggan (1)(c),
Ketua Pengarah boleh memberikan apa-apa arahan yang berhubungan dengan penutupan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta berlesen itu, termasuklah berkaitan tempat tinggal dan jagaan orang yang menerima jagaan, dan rekod orang yang menerima jagaan.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau apa-apa arahan di bawah subseksyen (2), melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh—
dalam hal seorang individu, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit; dan
dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan
Warga Emas Swasta 27