Skip to content
In forceUpdated to 29 Mar 2017Read it in English
Contents

Bahagian VII · Penutupan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta

37. Penutupan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta tidak berlesen

Feedback & support
(1)

Ketua Pengarah boleh mengarahkan mana-mana orang yang menyediakan atau mengendalikan apa-apa kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta yang melanggar seksyen 4, sama ada atau tidak pendakwaan telah dimulakan berkenaan dengan pelanggaran itu, untuk menutup kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta itu.

(2)

Ketua Pengarah boleh memberikan apa-apa arahan yang difikirkan perlu oleh Ketua Pengarah yang berhubungan dengan penutupan itu.

(3)

Apa-apa kos yang dilakukan yang berhubungan dengan penutupan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta tidak berlesen di bawah subseksyen (1) hendaklah ditanggung oleh orang yang menyediakan atau mengendalikan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta itu dan dianggap sebagai hutang yang kena dibayar kepada

Kerajaan.

Report

Bahagian VIII

Penguatkuasaan

Bahagian IX

Schedules