Skip to content
In forceUpdated to 29 Mar 2017Read it in English

Bahagian IX

50. Penalti am

Feedback & support
(1)

Seseorang yang melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang baginya tiada peruntukan yang nyata diperuntukkan yang menjadikan pelanggarannya suatu kesalahan melakukan suatu kesalahan.

Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan

Warga Emas Swasta 31

(2)

Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang baginya tiada penalti diperuntukkan dengan nyata hendaklah, apabila disabitkan, boleh—

(a)

dalam hal seorang individu—

(i)

didenda tidak melebihi lima ribu ringgit; dan

(ii)

bagi kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan; dan

(b)

dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan—

(i)

didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit; dan

(ii)

bagi kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Report