Skip to content
In forceUpdated to 29 Mar 2017Read it in English

Bahagian IX

53. Kecualian dan peralihan

Feedback & support
(1)

Pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, pusat jagaan yang berdaftar di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 yang menyediakan jagaan kepada empat warga emas atau lebih hendaklah disifatkan telah dilesenkan di bawah Akta ini sehingga lima tahun dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini atau apa-apa tempoh selanjutnya yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah.

(2)

Pengendali pusat jagaan di bawah subseksyen (1) hendaklah memohon kelulusan dan lesen di bawah Akta ini dalam tempoh lima tahun, atau tempoh selanjutnya yang dibenarkan oleh Ketua

Pengarah mengikut subseksyen (1).

(3)

Sementara keputusan untuk memberikan kelulusan dan lesen kepada pusat jagaan di bawah subseksyen (2) dibuat, pusat jagaan itu hendaklah terus disifatkan telah dilesenkan di bawah Akta ini.

(4)

Apa-apa keputusan, perintah, rayuan, arahan, siasatan, perbicaraan dan prosiding yang telah dibuat, diambil atau dimulakan di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 yang berhubungan dengan pusat jagaan di bawah subseksyen (1) sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah diteruskan atau dimuktamadkan di bawah dan mengikut peruntukan Akta Pusat Jagaan 1993.

Report

Schedules