Skip to content
In forceUpdated to 4 Jun 2015Read it in English

Bahagian I · Permulaan

2. Tafsiran

Feedback & support

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Akta yang dimansuhkan” ertinya Akta Kumpulan Wang

Pinjaman Perumahan 1971 [Akta 42] yang dimansuhkan di bawah seksyen 45;

UNDANG-UNDANG malaysia

Akta lembaga pembiayaan perumahan sektor awam 2015

Undang-Undang Malaysia 8

“harta” ertinya apa-apa harta alih atau tak alih dan termasuklah—

(a)

apa-apa hak, kepentingan, hakmilik, tuntutan, hak dalam tindakan, kuasa atau keistimewaan, sama ada pada masa sekarang atau pada masa hadapan, atau sama ada yang terletak hak atau kontingen, berhubung dengan apa-apa harta, atau yang selainnya mempunyai nilai;

(b)

apa-apa dokumen pemindahhakan yang disempurnakan bagi memindahhakkan, menyerahhakkan, menguntukkan, menyerahkan, atau selainnya memindahkan atau melupuskan harta jika orang yang menyempurnakan dokumen pemindahhakan itu ialah tuan punya atau pemilik, atau yang memperuntukkan bahawa dia berhak mendapat suatu hak kontingen, sama ada bagi keseluruhan atau sebahagian kepentingan itu;

(c)

apa-apa sekuriti, termasuk apa-apa saham, syer, debentur, bon, saham pinjaman, hak langganan boleh dipindahkan atau waran;

(d)

apa-apa surat cara boleh niaga, termasuk apa-apa wang kertas, nota pembawa, bil Perbendaharaan, waran dividen, bil pertukaran, nota janji hutang, cek dan perakuan deposit boleh niaga;

(e)

apa-apa gadai janji atau gadaian, sama ada di sisi undang-undang atau ekuiti, jaminan, lien atau sandaran, sama ada sebenar atau konstruktif, surat hipotekasi atau resit amanah, tanggung rugi, aku janji atau cara lain bagi menjamin pembayaran atau pelepasan suatu hutang atau liabiliti, sama ada pada masa sekarang atau pada masa hadapan, atau sama ada yang terletak hak atau kontingen; dan

(f)

apa-apa harta ketara atau tak ketara lain;

“jawatankuasa” ertinya jawatankuasa Lembaga yang ditubuhkan di bawah seksyen 13;

“kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam” ertinya kemudahan yang diberikan oleh Lembaga kepada orang yang layak yang diluluskan;

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 9

“Ketua Pegawai Eksekutif” ertinya Ketua Pegawai Eksekutif yang dilantik di bawah seksyen 18 dan termasuklah pekerja Lembaga yang dilantik di bawah subseksyen 18(7) untuk bertindak sebagai

Ketua Pegawai Eksekutif;

“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Pembiayaan Perumahan

Sektor Awam yang ditubuhkan di bawah seksyen 26;

“Lembaga” ertinya Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor

Awam yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;

“orang yang layak” ertinya mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen 23(3);

“orang yang layak yang diluluskan” ertinya orang yang layak yang permohonannya bagi kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam telah diluluskan oleh Lembaga;

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah perenggan 8(1)(a) dan termasuklah Timbalan Pengerusi apabila dia menjalankan fungsi Pengerusi.

Report

Bahagian II

Penubuhan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam

Bahagian III

Pekerja Lembaga

Bahagian IV

Kemudahan Pembiayaan Perumahan Sektor Awam

Bahagian V

Peruntukan Kewangan

Bahagian VI

Kuasa Tambahan Lembaga

Bahagian VII

Bahagian VIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan