Akta Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2015 · Updated to 4 Jun 2015 · Bahagian III · Pekerja Lembaga
18. Ketua Pegawai Eksekutif
Feedback & supportLembaga hendaklah, dengan kelulusan Menteri, melantik
Ketua Pegawai Eksekutif atas apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan wajar oleh Lembaga.
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah seorang yang—
mempunyai kelayakan akademik dan pengalaman yang membolehkannya menunaikan tanggungjawabnya dengan memuaskan;
tidak pernah memegang sesuatu jawatan yang dipertanggungjawabkan dengan pengurusan sesuatu syarikat yang telah disabitkan atas kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis semasa tempoh jawatannya melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan atau keizinannya dan dia tidak dapat menghalang kesalahan itu;
tidak pernah memegang sesuatu jawatan yang dipertanggungjawabkan dengan pengurusan mana-mana syarikat yang semasa tempoh jawatannya—
telah ingkar membayar apa-apa jumlah wang penghakiman terhadap syarikat itu;
telah menggantung pembayaran kepada atau telah membuat penyelesaian dengan, pemiutang-pemiutang syarikat itu; atau
telah dilantik berkenaan dengan harta syarikat itu seorang penerima atau pengurus;
bersedia bagi pekerjaan sepenuh masa, dan tidak boleh menjalankan apa-apa perniagaan atau pekerjaan lain, kecuali sebagai pengarah bukan eksekutif atau pemegang saham syarikat lain;
Undang-Undang Malaysia 22
tidak pernah menimbulkan situasi percanggahan kepentingan dengan Lembaga, yang disebabkan oleh dirinya sendiri atau melalui saudaranya; dan
tidak pernah bertindak mengikut cara yang boleh menimbulkan keraguan terhadap kelayakannya untuk memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, atau bertindak dengan tidak mengambil kira secara terang-terangan kelakuan profesional yang sepatutnya.
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah mempunyai apa-apa kuasa dan kewajipan sebagaimana yang diberikan atau dipertanggungkan atasnya oleh Lembaga.
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertanggungjawab bagi keseluruhan pentadbiran dan pengurusan fungsi dan hal ehwal hari ke hari Lembaga.
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah mempunyai kawalan am ke atas pekerja Lembaga.
Dalam menunaikan kewajipannya, Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertindak di bawah kuasa dan arahan am Lembaga.
Tertakluk kepada subseksyen (8), Menteri boleh melantik secara sementara mana-mana pekerja Lembaga untuk bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi tempoh semasa—
jawatan Ketua Pegawai Eksekutif kosong;
Ketua Pegawai Eksekutif tidak hadir bertugas atau tidak ada di Malaysia; atau
Ketua Pegawai Eksekutif, atas apa-apa sebab lain, tidak dapat melaksanakan kewajipan jawatannya.
Lembaga hendaklah mendapatkan kelulusan Menteri sekiranya pelantikan di bawah subseksyen (7) adalah untuk tempoh lebih daripada enam bulan.
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah merupakan seorang pekerja Lembaga.
Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 23
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah dibayar apa-apa saraan sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga dengan kelulusan
Menteri.
Perenggan 14(a), (b), (c), (d), (e), (f), (g) dan (i) hendaklah terpakai bagi Ketua Pegawai Eksekutif.