Akta Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2015 · Updated to 4 Jun 2015 · Bahagian V · Peruntukan Kewangan
26. Kumpulan Wang
Feedback & supportSuatu kumpulan wang yang dikenali sebagai “Kumpulan
Wang Pembiayaan Perumahan Sektor Awam” ditubuhkan dan hendaklah ditadbir dan dikawal oleh Lembaga.
Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—
wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa oleh
Parlimen;
wang yang dipinjam oleh Lembaga di bawah seksyen 32;
wang kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam yang dibayar balik dari semasa ke semasa kepada Lembaga dan wang yang dari semasa ke semasa kena dibayar kepada Lembaga berkenaan dengan bayaran balik apa-apa kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam;
wang yang merupakan penyelesaian wang pokok apa-apa kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam dan faedah atau keuntungan atasnya yang perlu dibayar, mengikut mana-mana yang berkenaan, melainkan jika
Lembaga membenarkan penyelesaian apa-apa wang itu kepada mana-mana orang menurut apa-apa perkiraan yang dibuat dengan orang itu yang dengan perkiraan itu apa-apa kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam, atau apa-apa hak atau kepentingan yang diperoleh atau berbangkit daripada pemberian apa-apa kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam, dijual, dilupuskan atau dipindahkan kepada orang itu;
wang yang diterima daripada penjualan atau penghasilan apa-apa kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam
Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 31
atau apa-apa hak atau kepentingan yang diperoleh atau berbangkit daripada pemberian kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam, atau daripada atau menurut apa-apa perkiraan yang dibuat dengan mana-mana orang yang dengan perkiraan itu apa-apa kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam, atau apa-apa hak atau kepentingan yang diperoleh atau berbangkit daripada pemberian kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam, dijual, dilupuskan atau dipindahkan kepada orang itu;
fi dan caj yang dikenakan oleh atau kena dibayar kepada
Lembaga;
wang yang diperoleh sebagai pendapatan daripada pelaburan oleh Lembaga di bawah seksyen 33;
wang yang diperoleh daripada penjualan, pelupusan, pajakan atau penyewaan, atau apa-apa urus niaga lain mengenai, apa-apa harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti yang dipindahkan kepada, terletak hak pada atau diperoleh oleh Lembaga;
wang dan harta lain yang mengikut apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Lembaga berkenaan dengan pelaksanaan fungsinya dan penjalanan kuasanya;
apa-apa kos yang dibayar kepada atau didapatkan oleh
Lembaga dalam apa-apa penyelesaian tindakan atau prosiding, sivil atau jenayah; dan
wang dan harta yang diterima secara sah oleh
Lembaga.