Skip to content
In forceUpdated to 4 Jun 2015Read it in English

Bahagian II · Penubuhan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam

3. Penubuhan Lembaga

Feedback & support
(1)

Suatu pertubuhan perbadanan yang dikenali dengan nama

“Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam” ditubuhkan.

(2)

Lembaga hendaklah kekal turun-temurun dan mempunyai meterai perbadanan.

(3)

Lembaga boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas namanya sendiri.

Undang-Undang Malaysia 10

(4)

Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, Lembaga boleh, atas apa-apa terma yang difikirkannya patut—

(a)

membuat kontrak;

(b)

memperoleh, membeli, mengambil, memegang atau menikmati, mengikut mana-mana yang berkenaan, apa-apa jenis harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti;

dan

(c)

menjual, memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan, memulangkan, menggadaikan, menggadai janji, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahkan, memajak atau selainnya melupuskan, atau membuat urusan mengenai, apa-apa harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti yang terletak hak pada Lembaga.

Report

Bahagian III

Pekerja Lembaga

Bahagian IV

Kemudahan Pembiayaan Perumahan Sektor Awam

Bahagian V

Peruntukan Kewangan

Bahagian VI

Kuasa Tambahan Lembaga

Bahagian VII

Bahagian VIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan