Skip to content
In forceUpdated to 4 Jun 2015Read it in English

Bahagian VII

35. Pewakilan kuasa

Feedback & support
(1)

Lembaga boleh, secara bertulis, mewakilkan mana-mana fungsi dan kuasanya, selain kuasanya untuk meminjam wang dan mendapatkan dana di bawah Akta ini kepada—

(a)

Pengerusi atau anggota Lembaga yang lain;

(b)

suatu jawatankuasa; atau

(c)

seorang pekerja Lembaga.

(2)

Pengerusi, anggota Lembaga yang lain, jawatankuasa atau pekerja Lembaga, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang diwakilkan dengan mana-mana fungsi atau kuasa hendaklah terikat untuk mematuhi dan mengambil kira segala syarat dan sekatan yang dikenakan oleh Lembaga dan segala kehendak, tatacara dan perkara yang dinyatakan oleh Lembaga.

(3)

Mana-mana fungsi atau kuasa yang diwakilkan di bawah seksyen ini hendaklah dilaksanakan dan dijalankan atas nama dan bagi pihak Lembaga.

(4)

Pewakilan di bawah seksyen ini tidak menghalang Lembaga daripada melaksanakan atau menjalankan sendiri mana-mana fungsi atau kuasa yang diwakilkan itu pada bila-bila masa.

Undang-Undang Malaysia 36

Report

Bahagian VIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan