Akta Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2015 · Updated to 4 Jun 2015 · Bahagian VI · Kuasa Tambahan Lembaga
32. Kuasa untuk meminjam
Feedback & supportLembaga boleh, dengan kelulusan Menteri terlebih dahulu, meminjam, pada apa-apa kadar faedah dan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma tentang masa dan kaedah pembayaran balik dan selainnya sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri, apa-apa wang yang diperlukan oleh Lembaga bagi memenuhi mana-mana obligasinya atau melaksanakan mana-mana fungsinya.