Akta Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2015 · Updated to 4 Jun 2015 · Bahagian III · Pekerja Lembaga
20. Syarat-syarat perkhidmatan, kelakuan dan tatatertib
Feedback & supportLembaga boleh menentukan syarat perkhidmatan pekerjanya.
Lembaga hendaklah mempunyai kuasa tatatertib terhadap semua pekerjanya dan hendaklah menjalankan kawalan tatatertib terhadap pekerja itu.
Lembaga boleh menetapkan peraturan-peraturan untuk mengadakan peruntukan mengenai kelakuan dan tatatertib pekerjanya.
Peraturan-peraturan yang ditetapkan di bawah seksyen ini boleh termasuk—
peruntukan bagi penubuhan jawatankuasa tatatertib yang sesuai dan tatacara yang perlu dipatuhi;
peruntukan bagi penubuhan jawatankuasa rayuan tatatertib untuk mendengar rayuan terhadap keputusan jawatankuasa tatatertib dan tatacara yang perlu dipatuhi; dan
peruntukan bagi—
penahanan kerja dengan pengurangan gaji atau saraan lain; atau
penggantungan kerja tanpa gaji atau saraan lain, seseorang pekerja Lembaga sementara menunggu prosiding tatatertib selesai.
Undang-Undang Malaysia 24
Peraturan-peraturan yang ditetapkan di bawah seksyen ini boleh mewujudkan apa-apa kesalahan tatatertib dan mengadakan peruntukan mengenai apa-apa hukuman tatatertib yang difikirkan sesuai oleh Lembaga, dan hukuman yang diperuntukkan sedemikian boleh meliputi pembuangan kerja dan penurunan pangkat.
Peraturan-peraturan yang ditetapkan di bawah seksyen ini hendaklah, dalam menetapkan tatacara untuk prosiding tatatertib, memberi pekerja Lembaga yang prosiding tatatertib diambil terhadapnya peluang untuk membuat representasi sebelum suatu keputusan dibuat oleh jawatankuasa tatatertib mengenai pertuduhan tatatertib yang dibuat terhadap pekerja itu.