Skip to content
In forceUpdated to 4 Jun 2015Read it in English

Bahagian V · Peruntukan Kewangan

27. Perbelanjaan yang dipertanggungkan pada Kumpulan Wang

Feedback & support
(1)

Kumpulan Wang hendaklah digunakan bagi pemberian kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam kepada orang yang layak yang diluluskan.

(2)

Kumpulan Wang boleh digunakan bagi maksud—

(a)

membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah seksyen 32;

Undang-Undang Malaysia 32

(b)

menyelesaikan hutang, obligasi dan liabiliti yang dipindahkan kepada dan terletak hak pada Lembaga menurut seksyen 4;

(c)

membayar elaun dan belanja lain kepada anggota Lembaga dan jawatankuasa, dan mana-mana orang yang diundang ke mesyuarat Lembaga dan jawatankuasa;

(d)

membayar saraan, elaun dan belanja lain pekerja Lembaga, termasuklah pemberian pinjaman, biasiswa dan wang pendahuluan, faedah persaraan, faedah perubatan dan elaun lain;

(e)

pelaburan di bawah seksyen 33;

(f)

membayar belanja, kos atau perbelanjaan berhubung dengan pemerolehan barang dan perkhidmatan, termasuk pengambilan ejen dan penasihat, fi dan kos guaman serta fi dan kos lain yang ditanggung atau diterima dengan sewajarnya oleh Lembaga dalam pelaksanaan fungsinya dan penjalanan kuasanya;

(g)

membeli atau menyewa peralatan, jentera dan apa-apa bahan lain, mendapatkan tanah dan apa-apa harta, dan mendirikan bangunan, dan menjalankan apa-apa kerja dan pengusahaan lain dalam pelaksanaan fungsi Lembaga atau penjalanan kuasa Lembaga;

(h)

membayar belanja atau wang yang diperlukan untuk menunaikan apa-apa penghakiman, keputusan atau award oleh mana-mana mahkamah atau tribunal terhadap Lembaga, atau mana-mana anggota Lembaga atau jawatankuasa, atau mana-mana pekerja atau ejen Lembaga berkenaan dengan apa-apa perbuatan, kecuaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan dalam pelaksanaan fungsi

Lembaga atau penjalanan kuasa Lembaga;

(i)

membayar belanja, perbelanjaan atau kos yang dilakukan atau ditanggung dengan sewajarnya dan perlu oleh

Lembaga dalam memberikan kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam; dan

(j)

apa-apa belanja dan perbelanjaan lain yang dibenarkan oleh

Akta ini atau apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, atau yang dilakukan dalam pelaksanaan fungsi Lembaga atau penjalanan kuasa Lembaga.

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 33

Report

Bahagian VI

Kuasa Tambahan Lembaga

Bahagian VII

Bahagian VIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan