Skip to content
In forceUpdated to 4 Jun 2015Read it in English

Bahagian VII

41. Obligasi kerahsiaan

Feedback & support
(1)

Kecuali bagi maksud Akta ini atau apa-apa prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau jika selainnya dibenarkan oleh Lembaga, tiada anggota Lembaga atau jawatankuasa, atau mana-mana pekerja atau ejen Lembaga, atau mana-mana orang yang menghadiri mana-mana mesyuarat

Lembaga atau jawatankuasa, atau mana-mana orang lain yang atas apa-apa sebab mempunyai, melalui apa-apa cara, akses kepada apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal Lembaga boleh memberikan, membuka, mendedahkan atau selainnya menzahirkan maklumat atau dokumen itu kepada mana-mana orang.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian VIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan