Akta Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2015 · Updated to 4 Jun 2015 · Bahagian VIII · Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan
46. Kecualian dan peralihan
Feedback & supportApa-apa permohonan, kelulusan, arahan, keputusan, syor, spesifikasi, notis atau perbuatan atau perkara lain yang dikeluarkan, dibuat atau dilakukan di bawah Akta yang dimansuhkan dan berkuat kuasa atau mempunyai kesan sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan, hendaklah disifatkan telah dikeluarkan, dibuat atau dilakukan di bawah Akta ini, dan hendaklah terus kekal berkuat kuasa dan mempunyai kuat kuasa berhubung dengan orang yang baginya ia terpakai sehingga dipinda atau digantikan.
Apa-apa permohonan, kelulusan atau keputusan di bawah
Akta yang dimansuhkan yang belum selesai sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan hendaklah, pada tarikh yang ditetapkan, diuruskan oleh Lembaga di bawah Akta ini.
Pemansuhan Akta yang dimansuhkan mahupun apa-apa yang terkandung dalam Akta ini tidak akan menjejaskan liabiliti mana-mana orang untuk didakwa atau dihukum bagi kesalahan yang dilakukan di bawah Akta yang dimansuhkan sebelum tarikh
Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 39
yang ditetapkan, atau apa-apa prosiding yang dibawa atau hukuman yang dikenakan sebelum tarikh itu berhubung dengan kesalahan itu.
Tertakluk kepada Akta ini, mana-mana prosiding sama ada sivil atau jenayah, atau kausa tindakan oleh atau terhadap Kerajaan atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Kerajaan, yang belum selesai atau yang sedia ada sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan berhubung dengan Akta yang dimansuhkan boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga sebagaimana ia diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Kerajaan atau orang itu seolah-olah Akta ini tidak diperbuat.
Apa-apa rayuan yang dibuat atau apa-apa kebenaran untuk merayu yang dipohon pada atau selepas tarikh yang ditetapkan terhadap suatu keputusan yang diberikan dalam apa-apa prosiding undang-undang yang Kerajaan menjadi pihak berhubung dengan
Akta yang dimansuhkan sebelum tarikh yang ditetapkan boleh dibuat oleh atau terhadap Lembaga.