Akta Pendaftaran Jurutera 1967 · Updated to 1 Jul 1997 · Bahagian V
22. Pendaftaran Jurutera
Feedback & supportSesuatu notis rayuan terhadap suatu perintah
Lembaga yang disebut dalam seksyen 19 hendaklah dibuat secara bertulis.
Apabila diterima notis rayuan itu Yang Dipertua
Lembaga atau semasa ketiadaan Yang Dipertua, anggota yang diwakilkan oleh Yang Dipertua untuk berbuat demikian hendaklah menyebabkan supaya disediakan rekod atau suatu ringkasan rekod prosiding Lembaga dan pernyataan yang menerangkan alasan bagaimana Lembaga mencapai keputusannya itu.
Apabila menerima rekod atau ringkasan rekod dan alasan keputusan Lembaga, Pengerusi Lembaga Rayuan hendaklah memanggil Lembaga Rayuan bermesyuarat untuk mendengar rayuan itu.
Lembaga Rayuan selepas mendengar rayuan itu boleh mengesahkan atau mengubah keputusan Lembaga itu.
Keputusan Lembaga Rayuan adalah muktamad.