Akta Pendaftaran Jurutera 1967 · Updated to 1 Jul 1997 · Bahagian V
26a. Section 26a
Feedback & supportTertakluk kepada subseksyen (2) dan apa-apa polisi yang diterima pakai oleh Lembaga dari semasa ke semasa, Yang Dipertua boleh dari semasa ke semasa, apabila dibayar fee yang ditetapkan dan atas apa-apa syarat atau dengan apa-apa sekatan yang difikirkannya patut dikenakan, secara bertulis membenarkan mana-mana orang yang bukan Jurutera Profesional berdaftar melakukan apa-apa perbuatan atau perkara yang, jika tidak kerana kebenaran itu, orang itu akan dilarang, atau tidak berhak, melakukan, dan boleh pada bila-bila masa, tanpa memberi apa-apa sebab baginya, menarik balik kebenaran itu dengan cara notis yang disampaikan kepada orang itu.
Tiada seorang pun boleh dibenarkan untuk melakukan di bawah seksyen ini apa-apa perbuatan atau perkara sedemikian selama lebih daripada jumlah tempoh satu ratus lapan puluh hari dalam mana-mana satu tahun kalendar.
Seseorang yang melakukan apa-apa perbuatan atau perkara tersebut di bawah dan mengikut kebenaran di bawah subseksyen (1) hendaklah, walau apa pun apa-apa peruntukan yang berlawanan dengan Akta ini, disifatkan dibenarkan atau berhak melakukan perbuatan atau perkara tersebut seolah-olah dia ialah seorang Jurutera
Profesional berdaftar.