Mana-mana orang yang melanggar Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya adalah melakukan suatu kesalahan dan jika tidak ada penalti diperuntukkan dengan nyata baginya, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi dua ribu ringgit.
Jika sesuatu pertubuhan perbadanan melanggar
Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, tiap-tiap pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya adalah melakukan kesalahan yang sama dan boleh dikenakan penalti yang sama seperti kesalahan yang dilakukan oleh dan penalti yang dikenakan ke atas pertubuhan perbadanan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiaran olehnya atau tidak berkaitan dengan apa-apa pengabaian di pihaknya.