Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2023Read it in English

Bahagian III · Jalan

68. Kod lebuh raya

Feedback & support
(1)

Menteri hendaklah menyediakan suatu kod (dalam Akta ini disebut sebagai “kod lebuh raya”) yang mengandungi apa-apa arahan sebagaimana yang didapatinya patut bagi panduan orang yang menggunakan jalan dan boleh dari semasa ke semasa menyemak kod itu dengan membatalkan, mengubahkan, meminda atau menambahkan kepada peruntukannya sebagaimana yang difikirkannya patut.

(2)

Kod lebuh raya dan apa-apa pengubahan yang dicadangkan hendak dibuat dalam peruntukan kod itu atas apa-apa penyemakannya hendaklah, sebaik sahaja disediakan oleh Menteri, disiarkan dalam Warta.

(3)

Kegagalan di pihak mana-mana orang bagi mematuhi mana-mana peruntukan kod lebuh raya tidak dengan sendirinya menyebabkan orang itu berliabiliti ke atas apa-apa jenis prosiding jenayah, tetapi dalam apa-apa prosiding, sama ada sivil atau jenayah, sesuatu kegagalan sedemikian boleh dijadikan asas oleh mana-mana pihak

Pengangkutan Jalan 131

dalam prosiding itu sebagai membuktikan atau menafikan apa-apa liabiliti yang menjadi soal dalam prosiding itu.

Report

Bahagian IV

Peruntukan Terhadap Risiko Pihak Ketiga yang Timbul Daripada Penggunaan Kenderaan Motor

Bahagian V

Kesalahan dan Pelbagai Peruntukan

Schedules