Skip to content

Seksyen 79

Penalti kerana mengabaikan arahan dan isyarat lalu lintas

of Akta Pengangkutan Jalan 1987

ActIn forceProvision 110 of 176
Seksyen 79
(1)

Jika seseorang pegawai polis berpakaian seragam, seseorang pegawai pengangkutan jalan berpakaian seragam atau seseorang warden lalu lintas berpakaian seragam adalah pada masa itu bertugas mengawal selia lalu lintas di suatu jalan, walau pun sesuatu isyarat lalu lintas telah diletakkan dengan sahnya di atas jalan itu atau berhampiran dengannya, mana-mana orang yang memandu atau mendorongi sesuatu kenderaan yang gagal atau mengabaikan memberhentikan kenderaan itu atau membuat kenderaan itu berjalan melalui atau mengikuti garisan lalu lintas tertentu apabila diarahkan berbuat demikian oleh pegawai polis, pegawai pengangkutan jalan atau warden lalu lintas itu melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada tiga ratus ringgit dan tidak lebih daripada dua ribu ringgit.

(2)

Tertakluk kepada subseksyen (1) dan seksyen 76A, jika sesuatu isyarat lalu lintas telah diletakkan dengan sahnya di atas mana-mana jalan atau berhampiran dengannya mana-mana pejalan kaki atau orang yang memandu atau mendorongi sesuatu kenderaan yang gagal atau mengabaikan mematuhi petunjuk yang diberi oleh isyarat itu melakukan

Pengangkutan Jalan 147

suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada tiga ratus ringgit dan tidak lebih daripada dua ribu ringgit.

(3)

Dalam apa-apa prosiding kerana sesuatu kesalahan terhadap seksyen ini, setakat mana yang perlu bagi membuktikan kesalahan yang dipertuduhkan itu, adalah dianggapkan sehingga dibuktikan sebaliknya bahawa isyarat itu telah diletakkan dengan sahnya di bawah peruntukan-peruntukan seksyen 77.