Skip to content

Seksyen 85A

of Akta Pengangkutan Jalan 1987

ActIn forceProvision 117 of 176

Seksyen 85A

(1)

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kerja raya (dalam seksyen ini disebut “Menteri” kemudian daripada ini) berhubungan dengan mana-mana jalan rizab yang bersempadanan dengan jalan Persekutuan atau pihak berkuasa yang berkenaan berhubungan dengan mana-mana jalan rizab yang lain, di dalam kawasan pihak berkuasa itu, boleh, tertakluk kepada subseksyen (2), jika jalan rizab itu tidak digunakan pada masa itu bagi maksud yang baginya ia dirizabkan, memberikan hak pendudukan bagi keseluruhan atau mana-mana bahagian jalan rizab itu kepada mana-mana orang bagi maksud mendirikan struktur bagi iklan atau pengumuman awam lain bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma dan syarat, termasuk caj pendudukan, sebagaimana yang Menteri atau pihak berkuasa itu menentukan.

(2)

Tiada hak pendudukan sedemikian boleh diberikan melainkan jika pelan yang mengandungi perincian penyusunan atur struktur itu

(termasuk butir-butir yang ditetapkan) telah dikemukakan kepada dan diluluskan oleh Menteri atau pihak berkuasa yang berkenaan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang boleh menghendaki supaya dibayar deposit jaminan dan dibeli insurans liabiliti awam, bagi apa-apa jumlah wang yang Menteri atau pihak berkuasa itu memikirkan patut, oleh pemohon sebagai sebahagian daripada syarat bagi kelulusan.

156 Undang-Undang Malaysia AKTA 333

(3)

Menteri atau pihak berkuasa yang berkenaan, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh membuat kaedah-kaedah untuk mengawal selia dan mengawal pembinaan struktur itu.