Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2023Read it in English

Bahagian III · Jalan

75. Lintasan pejalan kaki

Feedback & support
(1)

Lintasan bagi pejalan kaki (kemudian daripada ini dalam seksyen ini disebut “lintasan”) boleh diadakan di atas jalan mengikut seksyen ini dan tidak selainnya.

(2)

Menteri, dengan persetujuan Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kerja raya, boleh membuat kaedah-kaedah berkenaan dengan keutamaan masing-masingnya kenderaan dan pejalan kaki, dan pada amnya berkenaan dengan pergerakan lalu lintas

(termasuk pejalan kaki) di suatu lintasan dan di sekitarnya (termasuk kaedah-kaedah yang melarang pejalan kaki berada atas jalan kenderaan dalam jarak satu ratus meter dari suatu lintasan), dan berkenaan dengan tanda penunjuk bagi had suatu lintasan dengan tanda di jalan atau selainnya, dan berkenaan dengan pembinaan isyarat lalu lintas berkaitan dengannya.

(3)

Kaedah-kaedah yang berlainan boleh dibuat di bawah seksyen ini berhubungan dengan syarat lalu lintas yang berlainan dan khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan yang terdahulu, kaedah-kaedah yang berlainan boleh dibuat berhubungan dengan lintasan di sekitar, dan yang jauh dari, sesuatu simpang jalan, dan bagi lalu lintas yang dikawal oleh polis, oleh warden lalu lintas dan oleh isyarat lalu lintas dan oleh jenis isyarat lalu lintas yang berlainan dan bagi lalu lintas yang tidak dikawal sedemikian.

(4)

Suatu pihak berkuasa yang berkenaan boleh, dengan kelulusan

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kerja raya berhubungan dengan suatu jalan Persekutuan, dan dalam mana-mana hal selepas berunding dengan Ketua Pegawai Polis, mengadakan apa-apa lintasan sebagaimana yang difikirkannya patut, dan hendaklah menjalankan apa-apa kerja (termasuk meletakkan, mendirikan dan menyenggara tanda dan isyarat lalu lintas) yang dikehendaki berkaitan dengan lintasan itu, atau berhubungan dengan tanda penunjuknya mengikut kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen ini.

(5)

Jika mana-mana orang melanggar mana-mana kaedah yang mempunyai kuat kuasa berhubungan dengan suatu lintasan maka dia melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ringgit.

Pengangkutan Jalan 141

Report

Bahagian IV

Peruntukan Terhadap Risiko Pihak Ketiga yang Timbul Daripada Penggunaan Kenderaan Motor

Bahagian V

Kesalahan dan Pelbagai Peruntukan

Schedules