Skip to content

Seksyen 78

Kuasa mengadakan sekatan jalan

of Akta Pengangkutan Jalan 1987

ActIn forceProvision 109 of 176
Seksyen 78
(1)

Walau apa pun yang terkandung dalam mana-mana undang-undang lain, mana-mana pegawai polis berpakaian seragam yang diberi kuasa secara bertulis oleh seseorang pegawai polis kanan yang berpangkat

Inspektor atau lebih tinggi, termasuk seseorang Inspektor dalam percubaan, atau mana-mana pegawai pengangkutan jalan berpakaian seragam, yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pengarah boleh, jika didapatinya perlu untuk berbuat sedemikian bagi penguatkuasaan Akta ini, mendirikan atau meletakkan atau menyebabkan didirikan atau diletakkan apa-apa galangan sebagaimana yang ditetapkan di atas atau melintang mana-mana jalan mengikut apa-apa cara yang difikirkannya patut; dan mana-mana pegawai sedemikian boleh mengambil segala langkah yang munasabah untuk menghalang mana-mana kenderaan daripada dipandu melalui mana-mana galangan itu, termasuk apa-apa langkah untuk mengejar dan memberhentikan kenderaan itu jika, setelah mengambil perhatian tentang hal keadaan pada masa itu, adalah ternyata bahawa jika langkah itu tidak diambil besar kemungkinannya yang

146 Undang-Undang Malaysia AKTA 333

kenderaan itu akan terlepas bagi mengelakkan daripada dikesan atau selainnya.

(2)

Mana-mana orang yang gagal mematuhi apa-apa isyarat munasabah yang diberi oleh pegawai polis berpakaian seragam atau pegawai pengangkutan jalan berpakaian seragam yang menghendaki orang atau kenderaan itu berhenti sebelum sampai ke mana-mana galangan itu, atau cuba melintasi atau melanggar mana-mana galangan tersebut, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

(3)

Tiada seorang pun pegawai akan berliabiliti terhadap apa-apa kerugian, kecederaan atau kerosakan ke atas mana-mana orang atau harta berikutan dengan langkah yang diambilnya yang disebut dalam subseksyen (1).