Akta Pengangkutan Jalan 1987 · Updated to 15 Oct 2023 · Bahagian III · Jalan
71. Kuasa untuk mengehadkan kenderaan
Feedback & supportTanpa menjejaskan seksyen 70, mana-mana pihak berkuasa yang berkenaan yang diluluskan oleh Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam
Warta, melarang atau mengehadkan pemanduan atau penggunaan mana-mana kelas atau perihalan kenderaan atau kenderaan dengan sekian bilangan penumpang yang ditentukan di sepanjang mana-mana jalan atau di sepanjang jalan di dalam kawasan pihak berkuasa itu.
Larangan atau had di bawah subseksyen (1) bolehlah tertakluk pada pembayaran fi dan dalam hal sedemikian perintah itu hendaklah menyatakan fi yang kena dibayar dan cara pemungutannya.
Seksyen ini tidak terpakai bagi apa-apa skim penentuan harga bagi kesesakan atau hal perkara apa-apa perintah yang boleh dibuat di bawah seksyen 13 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.
136 Undang-Undang Malaysia AKTA 333