Seksyen 15
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 42
of Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2026
seksyen yang berikut:
“Berlumba atau dugaan kelajuan 42a. (1) Mana-mana orang yang berlumba di jalan yang melibatkan dua atau lebih kenderaan motor melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal sabitan kali kedua atau kali kemudian, didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
(2)
Mana-mana orang yang mengambil bahagian dalam menduga kelajuan di jalan yang melibatkan satu atau lebih kenderaan motor melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal sabitan kali kedua atau kali kemudian, didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.”.
Pindaan seksyen 52