Seksyen 9
Subseksyen 17(1) Akta ibu dipinda—
of Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2026
(a)
dengan menggantikan perenggan (b) dengan perenggan yang berikut:
“(b) butir-butir pengenalan—
(i)
kenderaan motor itu, termasuk nombor enjin dan nombor casis, kekal terang, jelas dan tidak terusik dan adalah serupa dengan butir-butir bersamaan yang terkandung dalam perakuan pendaftaran itu; dan
Undang-Undang Malaysia 8
Akta A1794
(ii)
kenderaan motor elektrik itu, termasuk nombor siri kenderaan motor elektrik dan nombor casis, kekal terang, jelas dan tidak terusik dan adalah serupa dengan butir-butir bersamaan yang terkandung dalam perakuan pendaftaran itu;”;
(b)
dengan memasukkan selepas perenggan (bb) perenggan yang berikut:
“(bc) dia berpuas hati bahawa permohonan bagi suatu lesen kenderaan motor adalah mengikut kawasan diisytiharkan di mana kenderaan motor itu berada dan hendak digunakan;”; dan
(c)
dalam perenggan (d)—
(i)
dengan menggantikan perkataan “Akta Lembaga
Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987:”
dengan perkataan “, Akta Pengangkutan Awam
Darat 2010 atau Akta Lembaga Pelesenan
Kenderaan Perdagangan 1987.”; dan
(ii)
dengan memotong proviso.
Pindaan seksyen 20