Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

110b. Section 110b

Feedback & support
(1)

Mana-mana orang yang—

(a)

menghalang, mengganggu, menyerang, mengancam, memprovokasi, mengeluarkan kata-kata kesat, mencederakan, memudaratkan atau mencabul mana-mana pegawai polis atau pegawai pengangkutan jalan dalam melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini;

(b)

mengekori suatu kenderaan motor pegawai polis atau pegawai pengangkutan jalan dalam melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini; atau

(c)

menyebarkan maklumat mengenai apa-apa aktiviti pegawai polis atau pegawai pengangkutan jalan dalam melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya.

(2)

Suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen ini adalah suatu kesalahan boleh tangkap dan mana-mana pegawai polis atau pegawai pengangkutan jalan boleh menyita dan menahan apa-apa kenderaan motor atau apa-apa benda bagi maksud prosiding di bawah Akta ini.”.

Undang-Undang Malaysia 16

Report