Seksyen 20
Subseksyen 66(1) Akta ibu dipinda—
of Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2026
(a)
dalam perenggan (o), dengan memasukkan selepas perkataan “bagi tiap-tiap satu kawasan itu,” perkataan
“bagi mengawal selia apa-apa perkara yang berhubungan dengan kawasan diisytiharkan,”;
Undang-Undang Malaysia 12
Akta A1794
(b)
dengan menggantikan perenggan (ee) dengan perenggan yang berikut:
“(ee) bagi mengawal selia penubuhan sekolah memandu atau institut memandu, bagi mengeluarkan permit sekolah memandu atau institut memandu, bagi mengawal selia latihan pemandu kenderaan motor dan bagi mengadakan peruntukan bagi fi yang dikenakan yang berhubungan dengannya;”;
(c)
dengan menggantikan perenggan (oo) dengan perenggan yang berikut:
“(oo) bagi mengawal selia dan menetapkan—
(i)
pendaftaran mana-mana orang yang memberikan penentusahan teknikal pembinaan, pengubahan, pengubahsuaian dan pembaikan suatu kenderaan motor;
(ii)
pendaftaran mana-mana orang yang melaksanakan pembinaan, pengubahan, pengubahsuaian dan pembaikan suatu kenderaan motor dan komponennya;
(iii)
tatacara apa-apa pembinaan, pengubahan, pengubahsuaian, pembaikan, penilaian kerosakan dan keaslian suatu kenderaan motor dan komponennya; dan
(iv)
fi yang dikenakan yang berhubungan dengannya;”;
(d)
dalam perenggan (pp), dengan memasukkan selepas perkataan “model kenderaan motor yang baharu”
perkataan “dan komponennya”;
(e)
dalam perenggan (ss), dengan memotong perkataan “dan”
di hujung perenggan itu;
(f)
dalam perenggan (tt), dengan menggantikan noktah di hujung perenggan itu dengan koma bernoktah; dan
Pengangkutan Jalan (Pindaan)
(g)
dengan memasukkan selepas perenggan (tt) perenggan yang berikut:
“(uu) bagi mengawal selia apa-apa perkara yang berhubungan dengan keselamatan suatu kenderaan motor dan komponennya dan bagi mengadakan peruntukan bagi fi yang dikenakan yang berhubungan dengannya.”.