Seksyen 8
Seksyen 16 Akta ibu dipinda—
of Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2026
(a)
dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan “kawasan pendaftaran” perkataan “dan apabila dibayar fi yang ditetapkan”; dan
(b)
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
“(1a) Bagi maksud subseksyen (1), seseorang pemohon bagi suatu lesen kenderaan motor hendaklah memaklumkan Pengarah kawasan pendaftaran kawasan bagi kenderaan motor itu hendak digunakan mengikut kawasan diisytiharkan di bawah subseksyen (1d).
(1b)
Pemohon bagi suatu lesen kenderaan motor hendaklah memaklumkan Pengarah kawasan pendaftaran apa-apa perubahan kawasan diisytiharkan bagi kenderaan motor itu hendak digunakan mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan.
(1c)
Tertakluk kepada subseksyen (1b), pemohon bagi suatu lesen kenderaan motor hendaklah membayar apa-apa perbezaan bagi fi lesen kenderaan motor yang disebut dalam subseksyen (1).
(1d)
Menteri boleh, melalui pemberitahuan yang disiarkan dalam Warta dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut, mengisytiharkan mana-mana kawasan pendaftaran sebagai suatu kawasan diisytiharkan.
(1 e) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1b) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit dan tidak lebih daripada dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Pengangkutan Jalan (Pindaan)
7
(1 f) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1c) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda perbezaan bagi fi lesen kenderaan motor atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
(1g)
Jika seseorang disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1c), mahkamah yang di hadapannya orang itu disabitkan hendaklah memerintahkan orang itu untuk membayar kepada
Ketua Pengarah amaun perbezaan bagi fi lesen kenderaan motor dan boleh didapatkan kembali mengikut cara yang sama sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 283 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].
(1h)
Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan mana-mana orang atau apa-apa kenderaan motor atau jenis kenderaan motor daripada kuat kuasa mana-mana peruntukan seksyen ini tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh Menteri.”.
Pindaan seksyen 17