Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 · Updated to 11 Apr 1991 · Bahagian III · Peruntukan-Peruntukan Berhubungan Dengan Sekuriti-Sekuriti Telah-Deposit
17. Section 17
Feedback & support(1)
Sesuatu sekuriti ditetapkan tidak boleh, selepas tarikh ditetapkan, diperdagangkan di suatu pasaran saham melainkan jika sekuriti tersebut telah didepositkan dengan suatu depositori pusat.
(2)
Sesuatu sekuriti ditetapkan boleh, pada bila-bila masa selepas tarikh ditetapkan, didepositkan oleh seseorang pendeposit dengan depositori pusat itu tetapi sekuriti tersebut tidaklah boleh digunakan untuk menyelesaikan sesuatu transaksi yang dilakukan di suatu pasaran saham sebelum daripada tarikh pendepositan sekuriti itu.
(3)
...