Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 · Updated to 11 Apr 1991 · Bahagian III · Peruntukan-Peruntukan Berhubungan Dengan Sekuriti-Sekuriti Telah-Deposit
31. Section 31
Feedback & supportTertakluk kepada subseksyen (2), sesuatu depositori pusat atau ejen depositori diberikuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah, apabila menerima suatu notis bertulis daripada seseorang pendeposit, membuat suatu catatan dalam akaun sekuriti berkenaan dengan sesuatu urusniaga sekuriti-sekuriti telah-deposit yang telah disempurnakan oleh pendeposit itu di luar pasaran saham sepertimana dinyatakan olehnya dalam notis itu.
Depositori pusat itu atau ejen depositori diberikuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh, sebelum membuat catatan itu, menghendaki pengemukaan oleh pendeposit itu akan mana-mana dokumen atau suratcara yang menjadi keterangan urusniaga tersebut.