Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 · Updated to 11 Apr 1991 · Bahagian III · Peruntukan-Peruntukan Berhubungan Dengan Sekuriti-Sekuriti Telah-Deposit
19. Section 19
Feedback & supportSesuatu depositori pusat dan ejen depositori diberikuasanya tidaklah, kecuali dalam hal apa-apa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran sengaja di pihak depositori pusat itu atau ejen depositori diberikuasanya, bertanggungan bagi apa-apa kerugian, kerosakan atau liabiliti yang dialami atau ditanggung oleh mana-mana orang berkenaan dengan sesuatu urusniaga mana-mana sekuriti yang pemindahannya telah ditolak di bawah seksyen 18.
Subseksyen (1) tidaklah boleh berkuatkuasa untuk melepaskan ejen depositori diberikuasa daripada apa-apa obligasi yang dikenakan ke atasnya oleh kaedah-kaedah sesuatu bursa saham atas sifatnya sebagai suatu syarikat anggota untuk melaksanakan apa-apa belian-masuk, sama ada secara langsung atau selainnya, berikutan daripada penolakan pendaftaran sesuatu pemindahan di bawah seksyen 18.