Skip to content

Seksyen 27

of Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991

ActIn forceProvision 27 of 71

Seksyen 27

(1)

Sesuatu depositori pusat hendaklah menyimpan atau menyebabkan disimpan rekod-rekod dan akaun-akaun, dengan cukup terperinci, untuk menunjukkan butirbutir—

(a)

semua wang yang diterima atau dibayar oleh depositori pusat itu, termasuklah dividendividen yang diterima berkenaan dengan manamana sekuriti telah-deposit dan pembayaran dividendividen itu kepada pendepositpendeposit;

(b)

semua pendapatan yang diterima daripada komisen-komisen, fee-fee, caj-caj dan sumbersumber lain, dan semua perbelanjaan, komisen, dan pembayaran lain yang dibuat atau dibayar oleh depositori pusat itu;

(c)

semua aset dan liabiliti (termasuk liabiliti kontingen) depositori pusat itu;

(d)

semua sekuriti telah-deposit dan butir-butir yang menunjukkan untuk siapa skrip-skrip dan suratcara-suratcara pemindahan berkenaan dengan skrip-skrip itu adalah dipegang dan butir-butir yang menunjukkan pengeluaran-pengeluaran sekuriti-sekuriti itu;

(e)

semua belian dan jualan sekuriti-sekuriti telah-deposit dan butir-butir mengenai urusniaga-urusniaga lain yang dibuat berkenaan dengannya, caj-caj dan kredit-kredit yang timbul daripadanya, identiti pembeli dan penjual bagi setiap sekuriti telah-deposit itu atau, dalam hal urusniaga-urusniaga lain, identiti orang-orang yang menyempurnakan urusniaga-urusniaga itu dan orang-orang yang kepadanya urusniaga-urusniaga tersebut disempurnakan, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(2)

Sesuatu catatan dalam rekod-rekod atau akaun-akaun hendaklah menyatakan tarikh dan masa catatan itu dibuat dan, dalam hal suatu catatan yang dibuat oleh seseorang, identiti orang itu.

(3)

Sesuatu catatan dalam rekod-rekod atau akaun-akaun suatu depositori pusat hendaklah, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai telah dibuat oleh, atau dengan kuasa, depositori pusat itu.