Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 · Updated to 11 Apr 1991 · Bahagian III · Peruntukan-Peruntukan Berhubungan Dengan Sekuriti-Sekuriti Telah-Deposit
24. Section 24
Feedback & supportSesuatu bursa saham boleh, dari semasa ke semasa, selepas berunding dengan Menteri, menyekat atau melarang pengeluaran mana-mana sekuriti telah-deposit atau kelas sekuriti telah-deposit (yang disebutharga pada senarai rasminya) bagi apa-apa tempoh dan mengikut apa-apa cara yang difikirkannya sesuai.
Sesuatu bursa saham hendaklah, selepas sahaja mencapai suatu keputusan untuk menyekat atau melarang pengeluaran sekuriti-sekuriti telah-deposit,—
memaklumkan depositori pusat mengenai keputusan tersebut; dan
memberikan notis kepada orang awam mengenai—
sekuriti-sekuriti telah-deposit yang disekat atau dilarang daripada dikeluarkan; dan
tempoh sekatan atau larangan tersebut, melalui iklan dalam tidak kurang daripada tiga buah akhbar kebangsaan harian, satu daripadanya hendaklah dalam bahasa kebangsaan dan satu dalam bahasa Inggeris.
32
Seksyen ini tidaklah terpakai bagi sekuriti-sekuriti sub by AA1039 telah-deposit tak tersenarai.
Seseorang ejen depositori diberikuasa yang berurusniaga dengan sekuriti-sekuriti telah-deposit sebagai prinsipal hendaklah, berhubungan dengan urusniaga tersebut, membuka dan menyenggarakan suatu akaun sekuriti dengan depositori pusat.
PENGGAL III—AKAUN-AKAUN SEKURITI DAN REKOD-REKOD