Seksyen 26
of Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991
Seksyen 26
Sesuatu depositori pusat hendaklah mengeluarkan kepada semua pendeposit penyata-penyata akaun berkenaan dengan kesemua sekuriti telah-deposit yang dipegang dalam penjagaan oleh, atau didaftarkan atas nama, depositori pusat itu atau syarikat namaannya untuk pendeposit-pendeposit itu pada masa dan mengikut cara yang ditetapkan di bawah Akta ini.
(2)
Walau apa pun peruntukan-peruntukan subseksyen (1), seseorang pendeposit bolehlah, pada bila-bila masa, melalui notis bertulis, menghendaki depositori pusat mengeluarkan kepadanya suatu penyata akaun berkenaan dengan kesemua atau mana-mana sekuriti telah-deposit yang pada masa itu dipegang dalam penjagaan oleh, atau didaftarkan atas nama, depositori pusat itu atau syarikat namaannya bagi pihak pendeposit itu.
(3)
Sesuatu depositori pusat hendaklah, apabila menerima suatu notis bertulis di bawah subseksyen (2) dan setelah dibayar apa-apa caj yang dikenakan di bawah kaedah-kaedah, mengeluarkan kepada pendeposit itu penyata yang dikehendaki itu.
(4)
Sesuatu penyata akaun yang dikeluarkan di bawah seksyen ini hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai kebenaran perkara-perkara yang dinyatakan dalam penyata itu.