Skip to content
In forceUpdated to 11 Apr 1991Read it in English

Bahagian III · Peruntukan-Peruntukan Berhubungan Dengan Sekuriti-Sekuriti Telah-Deposit

40. Section 40

Feedback & support
(1)

Jika sesuatu sekuriti telah-deposit adalah digadaikan atau disandarkan oleh seseorang pendeposit (dalam seksyen ini disebut sebagai "penggadai" atau "pembuat sandaran") kepada mana-mana orang (dalam seksyen ini disebut sebagai "pemegang gadaian" atau "pemegang sandaran"), sesuatu depositori pusat atau ejen depositori diberikuasa, yang dengannya atau melaluinya akaun sekuriti pendeposit itu disenggarakan, hendaklah, atas suatu permintaan secara bertulis yang dibuat oleh pendeposit, pemegang gadaian atau pemegang sandaran itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, memindahkan atau menyebabkan dipindahkan sekuriti tersebut ke dalam akaun sekuriti pemegang gadaian atau pemegang sandaran itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang disenggarakan bagi maksud tersebut.

(2)

Jika suatu permintaan adalah dibuat oleh pemegang gadaian atau pemegang sandaran sepertimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen (1), permintaan tersebut hendaklah disokong oleh dokumen-dokumen yang menjadi keterangan yang gadaian atau sandaran tersebut dibuat kepadanya.

(3)

Akaun sekuriti yang disenggarakan oleh pemegang gadaian atau pemegang sandaran menurut subseksyen (1) hendaklah dinyatakan sebagai "Akaun Sekuriti Sandaran".

(4)

Jika gadaian atau sandaran ke atas sesuatu sekuriti telah-deposit telah diselesaikan atau dilepaskan, depoşitori pusat itu atau ejen depositori diberikuasanya, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah, apabila menerima suatu notis secara bertulis daripada pemegang gadaian atau pemegang sandaran itu yang mengesahkan demikian, memindahkan sekuriti telah-deposit tersebut ke dalam akaun sekuriti penggadai atau pembuat sandaran itu.

(5)

Peruntukan-peruntukan berhubungan dengan pemindahan atau pengeluaran sekuriti-sekuriti telah-deposit hendaklah terpakai, mutatis mutandis, bagi sekuriti-sekuriti dalam Akaun Sekuriti Sandaran.

(1)

Report

Bahagian IV

Peruntukan-Peruntukan Kerahsiaan

Bahagian V

Kesalahan-Kesalahan

Bahagian VI

Penguatkuasan

Bahagian VII