Seksyen 36
Pembayaran semula cukai perkhidmatan berhubung dengan hutang lapuk
of Akta Cukai Perkhidmatan 2018
Jika pembayaran balik cukai perkhidmatan telah dibuat di bawah seksyen 35 oleh Ketua Pengarah kepada orang yang disebut dalam subseksyen 35(1) dan apa-apa bayaran berkenaan dengan pemberian perkhidmatan bercukai yang baginya cukai perkhidmatan itu kena dibayar kemudiannya diterima oleh orang itu, orang itu hendaklah membayar semula kepada Ketua Pengarah suatu amaun yang dikira mengikut formula yang berikut:
A x C
B iaitu
A ialah bayaran yang diterima berkenaan dengan pemberian perkhidmatan bercukai itu;
B ialah nilai perkhidmatan bercukai itu ditambah dengan cukai perkhidmatan yang kena dibayar atas perkhidmatan bercukai itu; dan
Cukai Perkhidmatan 63
C ialah cukai perkhidmatan yang kena dibayar atas perkhidmatan bercukai itu.
(2)
Seksyen ini tidak terpakai bagi orang berdaftar asing.
Pembayaran cukai perkhidmatan, dsb., yang terkurang dibayar atau dibayar balik secara silap