Skip to content

Seksyen 39

Potongan daripada penyata bagi cukai perkhidmatan yang dibayar balik

of Akta Cukai Perkhidmatan 2018

ActIn forceProvision 45 of 124
Seksyen 39
(1)

Ketua Pengarah boleh meluluskan, tertakluk pada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan patut olehnya, suatu permohonan oleh mana-mana orang berdaftar untuk memotong dari semasa ke semasa daripada penyatanya yang disebut dalam seksyen 26 amaun cukai perkhidmatan yang telah dibayar tetapi kemudiannya dibayar balik kepada pelanggannya yang tidak menjalankan perniagaan oleh sebab—

(a)

pembatalan perkhidmatan bercukai;

(b)

penamatan perkhidmatan bercukai; atau 66

Undang-Undang Malaysia

(c)

apa-apa sebab lain sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua

Pengarah.

(2)

Orang kena cukai itu hendaklah membuat potongan yang disebut dalam subseksyen (1) dalam masa satu tahun selepas pembayaran itu dibuat, atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Pengarah.

(3)

Seksyen ini tidak terpakai bagi orang berdaftar asing.

Peremitan cukai perkhidmatan, dsb.