Akta Cukai Perkhidmatan 2018 · Updated to 1 Jan 2025 · Bahagian VI · Pengecualian, Pembayaran Balik dan Peremitan
38. Pembayaran balik cukai perkhidmatan, dsb., yang terlebih bayar atau dibayar secara silap
Feedback & supportMana-mana orang yang—
telah terlebih bayar atau membayar secara silap apa-apa cukai perkhidmatan, surcaj, penalti, fi atau wang lain; atau
berhak untuk mendapatkan bayaran balik di bawah subseksyen 34(6) atau 40(3), boleh membuat tuntutan bagi pembayaran balik dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
Suatu tuntutan bagi pembayaran balik di bawah subseksyen (1)
hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah dalam masa satu tahun dari masa—
berlakunya pembayaran terlebih itu atau pembayaran yang silap itu; atau
berlakunya kelayakan terhadap pembayaran balik di bawah subseksyen 34(6) atau 40(3).
Ketua Pengarah boleh membuat apa-apa pembayaran balik berkenaan dengan tuntutan di bawah subseksyen (1) setelah berpuas hati bahawa orang itu telah membuktikan tuntutan itu dengan sewajarnya.
Cukai Perkhidmatan 65
Ketua Pengarah boleh mengurangkan atau tidak membenarkan apa-apa pembayaran balik yang terhutang berkenaan dengan tuntutan di bawah subseksyen (1) setakat yang pembayaran balik itu akan dengan tidak patut memperkaya orang yang disebut dalam subseksyen (1).
Suatu tuntutan bagi pembayaran balik di bawah seksyen ini hendaklah disokong oleh apa-apa keterangan sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.