Seksyen 40
of Akta Cukai Perkhidmatan 2018
Seksyen 40
Menteri boleh meremitkan keseluruhan atau mana-mana bahagian cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar di bawah Akta ini jika difikirkan patut olehnya.
(2)
Ketua
Pengarah boleh meremitkan keseluruhan atau mana-mana bahagian surcaj yang terakru, atau penalti, fi atau wang lain yang kena dibayar, di bawah Akta ini jika difikirkan patut olehnya.
(3)
Jika seseorang yang telah diberikan peremitan di bawah subseksyen (1) atau (2) telah membayar apa-apa cukai perkhidmatan, surcaj, penalti, fi atau wang lain yang berhubungan dengan peremitan itu, dia berhak kepada suatu pembayaran balik amaun cukai perkhidmatan, surcaj, penalti, fi atau wang lain yang telah diremitkan itu.
(4)
(Dipotong oleh Akta A1632).