Akta Cukai Perkhidmatan 2018 · Updated to 1 Jan 2025 · Bahagian X · Penguatkuasaan
59. Akses kepada maklumat berekod atau data berkomputer
Feedback & supportMana-mana pegawai kanan cukai perkhidmatan yang menjalankan kuasanya di bawah seksyen 58, 60 dan 61 hendaklah diberi akses kepada apa-apa maklumat berekod atau data berkomputer, sama ada disimpan dalam komputer atau selainnya.
Sebagai tambahan, seseorang pegawai kanan cukai perkhidmatan yang menjalankan kuasanya di bawah seksyen 58, 60
dan 61—
boleh memeriksa pengendalian mana-mana komputer dan apa-apa perkakas atau bahan yang berkaitan yang dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki digunakan atau telah digunakan berkaitan dengan maklumat atau data itu; dan
boleh menghendaki—
orang yang olehnya atau bagi pihaknya pegawai kanan cukai perkhidmatan itu mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki komputer itu
86
Undang-Undang Malaysia digunakan atau telah digunakan berkaitan dengan maklumat atau data itu; atau
orang yang menjaga, atau selainnya terlibat dalam, pengendalian komputer, perkakas atau bahan itu berkaitan dengan maklumat atau data itu, untuk memberi pegawai itu apa-apa bantuan yang munasabah sebagaimana yang dikehendaki olehnya bagi maksud seksyen ini.
Bagi maksud subseksyen (1), “akses” termasuklah diberi kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang diperlukan untuk membolehkan maklumat berekod atau data berkomputer itu difahami.