Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2025Read it in English

Bahagian X · Penguatkuasaan

61. Penggeledahan boleh dilakukan tanpa waran

Feedback & support

Apabila pegawai kanan cukai perkhidmatan mendapati bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa di dalam mana-mana tempat, premis atau pengangkut ada disembunyikan atau disimpan apa-apa barang, dokumen, artikel atau benda yang boleh memberikan keterangan mengenai pelakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini dan jika dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelewatan dalam memperoleh suatu waran geledah barang, dokumen, artikel atau benda itu mungkin akan dipindahkan, dia boleh menjalankan dalam, ke atas dan berkenaan dengan tempat, premis atau pengangkut itu, semua kuasa di bawah seksyen 60 mengikut cara yang sama seolah-olah dia telah diberi kuasa untuk berbuat sedemikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.

Report

Bahagian XI

Perbicaraan dan Prosiding

Bahagian XII

Bahagian XIII

Kecualian dan Peralihan