Skip to content

Seksyen 62A

Kuasa untuk mengelak

of Akta Cukai Perkhidmatan 2018

ActIn forceProvision 83 of 124
Seksyen 62A
(1)

Jika oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya tidak praktikal untuk memindahkan apa-apa barang, dokumen, artikel atau benda yang disita di bawah Akta ini, seseorang pegawai cukai perkhidmatan yang hak boleh, dengan apa-apa cara, mengelak barang, dokumen, artikel atau benda itu, atau tempat, premis, bekas muatan, bungkusan atau pengangkut yang di dalamnya barang, dokumen, artikel atau benda itu dijumpai.

(2)

Seseorang yang, tanpa kuasa yang sah, memecah, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (1) atau memindahkan barang, dokumen, artikel, benda, bekas muatan, bungkusan atau pengangkut yang dilak itu, atau cuba untuk berbuat demikian, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.