Akta Cukai Perkhidmatan 2018 · Updated to 1 Jan 2025 · Bahagian X · Penguatkuasaan
60. Majistret boleh mengeluarkan waran geledah
Feedback & supportApabila mana-mana Majistret mendapati, berdasarkan maklumat bertulis dengan bersumpah dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkan perlu olehnya, bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa di dalam mana-mana tempat, premis atau pengangkut, ada disembunyikan atau disimpan apa-apa barang, dokumen, artikel atau benda yang boleh memberikan keterangan mengenai pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini, Majistret itu boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa kepada mana-mana pegawai kanan cukai perkhidmatan yang dinamakan dalamnya, pada bila-bila masa dan dengan atau tanpa bantuan—
untuk memasuki tempat, premis atau pengangkut itu dan untuk menggeledah dan menyita barang, dokumen, artikel atau benda itu; dan
untuk menangkap mana-mana orang yang berada di dalam tempat, premis atau pengangkut itu yang dalam milikannya barang, dokumen, artikel atau benda itu dijumpai atau yang disyaki dengan munasabah sebagai telah menyembunyikan atau menyimpan barang, dokumen, artikel atau benda itu.
Cukai Perkhidmatan 87
Pegawai kanan cukai perkhidmatan yang diberi kuasa di bawah subseksyen (1) boleh, jika perlu untuk berbuat demikian—
memecah buka mana-mana pintu luar atau pintu dalam tempat, premis atau pengangkut itu dan memasuki tiap-tiap bahagiannya, jika perlu dengan kekerasan;
mengalihkan dengan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan untuk menggeledah atau menyita sebagaimana yang dia diberi kuasa untuk melakukannya; dan
menahan tiap-tiap orang yang dijumpai di dalam tempat, premis atau pengangkut itu sehingga penggeledahan itu selesai.