Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2017Read it in English

Bahagian X · Pengurangan dan Mendapatkan Semula Sisa Pepejal Terkawal

101. Pengurangan, penggunaan semula dan pengitaran semula sisa pepejal terkawal

Feedback & support
(1)

Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam

Warta, menghendaki—

(a)

mana-mana penghasil sisa pepejal untuk mengurangkan penghasilan sisa pepejal terkawal mengikut apa-apa cara atau kaedah;

(b)

mana-mana orang untuk menggunakan bahan yang mesra alam;

84

Undang-Undang Malaysia

(c)

mana-mana orang untuk menggunakan amaun tertentu bahan yang dikitar semula bagi keluaran tertentu;

(d)

mana-mana orang untuk mengehadkan penghasilan, pengimportan, kegunaan, pengeluaran atau pelupusan keluaran atau bahan tertentu;

(e)

pelaksanaan sistem kod dan pelabelan bagi apa-apa keluaran atau bahan untuk menggalakkan pengitaran semula;

(f)

penggunaan apa-apa kaedah atau cara bagi maksud mengurangkan kesan buruk sisa pepejal terkawal pada alam sekitar; dan

(g)

penggunaan apa-apa kaedah atau cara lain bagi maksud mengurangkan, menggunakan semula dan mengitar semula sisa pepejal terkawal.

(2)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Report

Bahagian XI

Bahagian XII

Kecualian dan Peralihan